Thursday, November 18, 2010

sayang , layan jiwang jom ?

aku sebenarnya bukanlah seorang yang jiwang and aku tak selalu layan jiwang , tapi hari nie aku nak layan jiwang dengan korang semua . boleh aku start jiwang aku dulu ? boleh kan ? okay , baca sampai habis .

saya tak tahu kenapa saya sayang awak sangat sangat . ramai kawan kawan saya suruh saya putus dengan awak sebab awak suka mainkan perasaan saya , tapi oleh sebab saya cinta dan sayang kat awak , saya sabar dan berdoa . saya harap awak   berubah . satiap hari yang berlalu saya jalani dengan pahit tanpa awak disisi . saya tahu awak busy . selang beberapa hari awak tinggalkan saya begitu sahaja tanpa sebab . awak , apa salah saya ? awak tahu tak saya sayang awak . tape awak . saya tanak paksa awak . biarlah awak yang menentukan semuanya . semuanya ada di tangan awak .saya hanya mampu buat yang terbaik untuk awak . saya akan tunggu awak sampai bila bila walaupun beribu dan berjuta lamanya . awak saya janji , jiwa dan raga saya hanya untuk awak . biarlah awak cakap saya nie tak tahu jaga hati awak dan selalu layan lelaki lain , biarlah awak cakap saya nie tak secantik perempuan lain dan berperangai macam minah rempitss . itu semua saya tak kisah , apa yang penting saya hanya akan berdiri disini hanya untuk awak , selama lamanya dan saya akan menjadi milik awak sepenuhnya suatu hari nanti . 

with lotsa love tasha yang terlalu comel :P 
neh cerita untuk fatien tarmizi . sama kan dengan cerita kau dengan shamsul (:

aku seorang perempuan dan hanyalah seorang perempuan biasa . aku juga seorang pencinta yang .ingin dicintai , aku sudah banyak kali menangis kerana cinta . betul kata orang . setiap manusia di dunia ini mempunyai pelbagai cara dan perangai . membawa misi dan indentiti yang berbeza . bagi pelajar yang berumur belasan tahun . aku sering kali terperangkap dengan cinta monyet dan cinta monyet itu mengajarku erti percintaan , pengorbanan , kesetiaan , kejujuran dan keikhlasan serta ketulusan . hidupku selama 1 tahun 4 bulan 2 hari bersama lelaki yang kucintai dan kubina harapan untuk mengukuhkan hubungan kami hingga ke akhir hayat namun ianya hanyalah satu harapan yang sia sia . aku perang besar dengan nya sehingga hubungan kami terjejas . pada 23/10/2010 dia melafaskan perkataan putus padaku . di saat itu juga air matuku jatuh ke pipi serta merta . aku cuba untuk meminta maaf dan cuba sedaya upaya untuk kekalkan lagi hubungan kami . namun ianya hanyalah harapan yang sia sia . benar , memang benar dia mahu aku lupakannya . hari demi hari aku menangis . di kala aku sedang bersedih . seorang jejaka datang dan memulihkan kembali semangat ku untuk terus hidup dan bangkit semula sebagai pencinta . kini , jejaka yang datang itu sudah menjadi teman hidupku yang baru . walaupun dia baru kukenali dan tidak pernah ku jumpa namun dengan berbekalkan rasa ingin mengenalinya dengan lebih dekat , aku mengambil keputusan untuk menerima lamaranya . dia yang begitu kesian akan aku yang dtinggalkan seseorang yang kucintai , sedaya upaya mengembirakan ku . tiap detik mendengar suaranya . tiap itu juga aku rasa sayang untuk melepaskan nya begitu sahaja . dia telah berikan aku kekuatan dalam diri . dan aku harap dia lah jodohku . aku berharap supaya aku dapat melupakan bekas kekasih ku . dan semoga hati ku tergerak untuk mencintainya seratus percent . aku tidak mahu mencari cinta , biarlah ianya datang dengan sendiri . 

with lotsa love tasha yang terlalu comel :P
this story is about me and aiman . ianya keluar dari hati dan realiti (: